Posts

Seni Berkata Tidak

Image
INI bukanlah resensi, tetapi lebih kepada rumusan. Jika berkesempatan, buku ini akan saya bedah bab demi bab sebagai bahan bacaan santai untuk refleksi pemikiran. Buku ini pun sudah agak lama, ditulis ketika Steve Jobs masih hidup. Jika berminat boleh dapatkan buku asal kalau masih ada di pasaran. Satu bab daripada Inside Steve's Brain adalah tentang bagaimana berkata 'tidak' menyelamatkan sebuah syarikat gergasi yang menunggu mati untuk terus bernafas lantas menjadi sihat walafiat. Kata kuncinya, staying focus means saying 'no' . Kepulangan epik Steve Jobs ke pangkuan Apple Inc. pada tahun 1997 memberikannya pilihan yang terhad malah sangat sukar. Rantaian produk Apple sama ada yang berpotensi atau tidak habis dicantas dan dibungkus. Berbelas produk daripada pelbagai kategori, yang tinggal hanya empat produk untuk dua segmen pelanggan. Produk-produk yang sekadar ada kalaupun berpotensi dianggapnya sebagai distraction. Dalam minggu-minggu awalnya menggalas peranan C

Konfesi Sebuah Kecelakaan

Image
ULASAN yang tertangguh tentang Konfesi Prebet Adam, sebuah kupasan yang tertinggal dalam lipatan sejarah, kini muncul setelah wataknya tiada lagi di dunia. Naskhah yang ada di tangan saya adalah cetakan terdahulu, tahun 2017 terbitan DuBook , bertandatangan dan sampai terus daripada penulisnya pada Oktober 2020. Waktu itu buku ini boleh dikira naskhah langka kerana tiada lagi di pasaran. Ini bukan fiksyen sejarah ataupun inspirasi daripada kisah benar. Ini adalah konfesi sebenar yang disusun dengan penuh kredibel oleh penulis yang bukan calang-calang. Kisah seorang prebet muda yang hilang punca di tengah ibu kota, terbeban dengan kecelaruan fikiran, diseret dengan persepsi rekaan dan terhumban ke episod hidup yang malang. Menelusuri kisah ini memberi kita bermacam sebab untuk bersyukur, bahawa kita tidak diuji berada di tempat yang salah pada waktu yang salah, bertemu dengan orang yang salah dan dikenderai pula oleh tangan-tangan yang salah untuk sebuah agenda yang salah hingga membaw

Sepi Seorang Putera

Image
  REVIU ringkas The Little Prince, terjemahan Melayu. Seperti yang tercatat pada blurb, karya agung Antoine de Saint-Exupéry, yang diterjemah ke lebih 300 bahasa (menurut Wikipedia , 500 bahasa) dan merupakan antara buku laku keras yang paling banyak diterjemah pernah diterbitkan sepanjang zaman.  Kisah imaginasi kanak-kanak bersulam falsafah dan makna tersirat. Boleh dibaca ringan sekadar berfantasi dan jika larat boleh juga diselami sindiran dan pengamatan penulis terhadap realiti manusia di sekelilingnya - dalam naskhah berkenaan disebut sebagai dunia orang dewasa.  Kisah berkisar pengembaraan fantasi merentas planet yang tidak susah dibayangkan oleh minda kanak-kanak. Apabila dibaca minda tua ini, kita sibuk mahu tafsirkan setiap babak dengan makna realiti. Mungkin benar kata Putera Kecil, orang dewasa memang bosan. Cinta yang tak terungkap, peri persahabatan, sindiran berkias dan akhirnya sedih di penghujung. Aduh, kalau saya jadi kanak-kanak, kita mahu kegembiraan.  Tahniah kepa