Sepi Seorang Putera

 
REVIU ringkas The Little Prince, terjemahan Melayu.

Seperti yang tercatat pada blurb, karya agung Antoine de Saint-Exupéry, yang diterjemah ke lebih 300 bahasa (menurut Wikipedia, 500 bahasa) dan merupakan antara buku laku keras yang paling banyak diterjemah pernah diterbitkan sepanjang zaman. 

Kisah imaginasi kanak-kanak bersulam falsafah dan makna tersirat. Boleh dibaca ringan sekadar berfantasi dan jika larat boleh juga diselami sindiran dan pengamatan penulis terhadap realiti manusia di sekelilingnya - dalam naskhah berkenaan disebut sebagai dunia orang dewasa. 

Kisah berkisar pengembaraan fantasi merentas planet yang tidak susah dibayangkan oleh minda kanak-kanak. Apabila dibaca minda tua ini, kita sibuk mahu tafsirkan setiap babak dengan makna realiti. Mungkin benar kata Putera Kecil, orang dewasa memang bosan. Cinta yang tak terungkap, peri persahabatan, sindiran berkias dan akhirnya sedih di penghujung. Aduh, kalau saya jadi kanak-kanak, kita mahu kegembiraan. 

Tahniah kepada penterjemah, sdr Azzah Abdul Rahman dan The Biblio Press yang menjadikan naskhah ini cukup ringan dibaca dan mudah dihadam. Teruskan perjuangan!

Memetik pesanan si bunga di planet Putera Kecil, hargailah manusia kerana sikap dan perbuatannya kepadamu, jangan hanya menilai daripada kata-katanya

Comments

Popular posts from this blog

Seni Berkata Tidak

Konfesi Sebuah Kecelakaan