Seni Berkata Tidak

INI bukanlah resensi, tetapi lebih kepada rumusan. Jika berkesempatan, buku ini akan saya bedah bab demi bab sebagai bahan bacaan santai untuk refleksi pemikiran.

Buku ini pun sudah agak lama, ditulis ketika Steve Jobs masih hidup. Jika berminat boleh dapatkan buku asal kalau masih ada di pasaran.

Satu bab daripada Inside Steve's Brain adalah tentang bagaimana berkata 'tidak' menyelamatkan sebuah syarikat gergasi yang menunggu mati untuk terus bernafas lantas menjadi sihat walafiat.

Kata kuncinya, staying focus means saying 'no'.

Kepulangan epik Steve Jobs ke pangkuan Apple Inc. pada tahun 1997 memberikannya pilihan yang terhad malah sangat sukar. Rantaian produk Apple sama ada yang berpotensi atau tidak habis dicantas dan dibungkus. Berbelas produk daripada pelbagai kategori, yang tinggal hanya empat produk untuk dua segmen pelanggan.

Produk-produk yang sekadar ada kalaupun berpotensi dianggapnya sebagai distraction.

Dalam minggu-minggu awalnya menggalas peranan CEO interim, semua ketua produk dan pembangunnya diminta untuk bentangkan produk masing-masing dengan matlamat untuk dikorbankan. Menutup unit membawa kepada penamatan staf.

Malah diceritakan kononnya Jobs boleh memecat staf di elevator jika gagal menjawab pop kuiz tentang apa peranannya dalam syarikat. Sehingga muncul satu tech jargon 'getting steved' - yang bermaksud dicantas semberono.

Jobs hanya lakukan apa yang perlu, bukan kerana suka melakukannya. Caranya tidak popular ketika itu, tetapi masa telah buktikan bahawa dia tidak perlu popular untuk lakukan sesuatu yang betul.

Memilih untuk berkata 'tidak' perlukan daya ta'akulan rasional yang tinggi. Bersikap emosional dan sentimental tidak membantu. We just need to assess the problem with a cool, clear head.

Sejauh mana falsafah ini sesuai dalam konteks masyarakat kita, sukar dipastikan. Apatah lagi jika kita berhadapan dengan orang berhati tisu. Menjaga hati dan perhubungan tidak kurang pentingnya.

Lebih sukar jika kita sendiri memang berhati tisu.

Comments

Popular posts from this blog

Sepi Seorang Putera

Konfesi Sebuah Kecelakaan